Sunday, December 14, 2008

ADAM FAYYADH DIMANDIKAN OLEH MAKCIK ASA


Segala urusan mandi tiap-tiap pagi ADAM FAYYADH diuruskan oleh kawan mak mertua aku iaitu Makcik Asa,dia akan mandikan Adam sehingga tali pusat babyku luruh...


Tiap-2 pagi dari mandi pagi dan petang sampai la ke persiapan baju semua diuruskan Makcik Asa...dari segi pengalaman mmg la aku tengok Makcik Asa nih cekap kendalikan baby newborn nihhhh sebab dia dulu bekas bidan kerajaan...layanan makcik Asa kat baby aku punyalah ternampak kasih sayang makcik asa kat anak aku...masa hari terakhir makcik asa mandikan anak aku sempat jugak dia mengalirkan air mata..itulah kasih sayang...selama 9 hari dia mandikan Adam barulah pusat dia luruh.... kalau aku mau terkehel leher baby nih....hehhe...Aku pon mempelajari sebenarnya cara pengurusan mandi dengan cara yang betul oleh Makcik Asa...banyak jugak ilmu yang dapat aku pelajari dari kelas Makcik Asa nih heheheh...... besar ooo kerja munri nih dan aku amatlah hargai segalanya....terima kasih makcik asa

HARI PERTAMA MENJADI ABAH




Berjumpa kita lagi.....Di sini aku coretkan lagi tanggunjawab hari pertama aku untuk di kongsi bersama.....Sampai sudah di rumah mertua di KOTA PERMAI,pak mertua aku yg baru lepas operation meyambut cucu sulungnya dengan penuh keharuan....

Anak aku anak PULAU PINANG



Selepas selesai aku hantar isteri aku dan baby..selesai tempat tidur berpantang isteri aku.. aku keluar pulak semula atas urusan pendataran sijil kelahiran......Aku bawa segala dokumen berkaitan...Alhamdulilah segala selesai Sijil Kelahiran pun dapat jugak akhirnya....Malam pertama aku bersama baby aku perghhhhh......tak tido lena beb!!! hehehe...banyak benda yang aku dapat belajar mcm buat susu,bedung dengan dukung....ini lah kali pertama aku membancuh susu dengan penuh skill bakat terpendam selama nih...masuk nih pagi 3 kali aku bangun tidoq perghhhh....penuh rintangan aku tempuhi..tapi takpa la ini lah tanggungjawab..... ...Esok pagi aku bangun dengan keadaan begitu tidak 'centre akibat pukulan ADAM FAYYADH semalaman....tapi selamat mak mertua faham dan sporting,dia tk kisah aku sambung balik tido selepas Adam mandi pagi....Petang tu aku keluar untuk selesaikan beberapa perkara...kerja pertama aku adalah pergi ke Klinik Kesihatan Bukit Minyak tempat isteriku check-up kandungan baby...aku pi sana untuk maklumkan yang isteriku dah bersalin....habih tugas nih seterunya aku pi bank islam Bandar Perda atas urusan buka akauan SSPN untuk ADAM FAYYADH aku depositkan dalam tuh sebanyak RM 500.00 ..hmm nih satu projek jangka panjang untuk ADAM FAYYADH...segala duit pemberian saguhati orang aku masukan dalam akaun...ni bukan ape ni suma ni untuk masa depan ADAM FAYYADH.....



Thursday, December 11, 2008




Aku nak ambil kesempatan dalam blog nih kepada yang sudi ziarah isteri aku dengan baby masa kat KLINIK PAKAR K.S WAN ADN LIOW serta Makcik Ratna dan Dr. Liow yg menyambut kelahiran ADAM FAYYADH.....ramai yang mai.. kengkawan sekerja dari Pejabat Tanah iaitu Kak Imi dan suami,ija,Kak K,kak timah,Sukriah dan suami,Zaidi and wife,Mat Awang,Azril,cc zaki,sapark,razi dan lydia... Ahli keluarga sebelah aku yang mai lang,bg ad,Kak Chik,Kak Chaq,Chu,fairuz... Keluarga sebelah isteri yang mai...Paktam Enn family,Paksu Zaini,Pakcik Kamal

Tak lupa jugak kawan-kawan mak mertua aku pon turut meluangkan masa jenguk cucu kawan-kawan..

Aku ucap terima kasih kepada yang hadir bagi hadiah dan saguhati la...kehadiran semua amatlah dialu-alukan dan di akhiri dengan ucapan terima kasih.......

ADAM FAYYADH.........PERMATA BUAT SEMUA



Permata buat semua......ni la cucu pertama bagi kedua-dua belah family aku dan wife aku....aku macam tk percaya je aku dah bergelar seorang bapa...tanggungjawab yang besar yang akan aku pikul akan bermula...
Isteri aku masa dia mengandung dulu dah cari dah nama untuk baby kami,cuma tunggu masa jer...dengan nama yang penuh makna serta mengenangkan mujahidin2 yang berjuang di Palestin aku dan wife aku namakan dia ADAM FAYYADH!!!!!!!!!!!!!... nama ni isteri aku gambungkan nama nabi kita iaitu Nabi ADAM A.S yang bermaksud IKUTAN dan TELADAN serta FAYYADH bermaksud MURAH HATI...
Tapi syukur semua ahli keluarga setuju dengan nama tu...kesian kat isteri aku tengah telantar atas katil sakit...bukan sahaja sakit besalin,masa dia mengandung 9bulan lagi le kesian...ehmmm...tapi aku bersyukur pada Allah suma berjalan lancar dengan anak aku sihat,berat dia masa lahir 3.9kg dengan badan semangat sgt2...

DEBARAN MENUNGGUMU SAYANG


Sambil aku dok tunggu bini aku bersalin...perasan gundah gulana menyelubungi diri ini... mana tak nya nih la kali pertama aku nk bergelar abah...pagi tu yang turut sama menanti kelahahiran adalah mak,abah,mak mertuaku,adik2 ku serta adik iparku....

Kata nurse kat situ jangakamasa operation adalah selama 1 jam..start tadi 12.00 tgh hr...aku tunggu la menanti jam 12.20tgh hr time tuh la kot anak aku keluar....tup....tupp nurse dalam tuh panggil "nak tengok baby tk?" tersentot aku.... gulp!!! erkkkkk cepatnya...nurse yg menyambut kelahiran baby aku pun tunjuk anak aku kat depan aku... Plingggggggggggg....... suprise!!!!!!!!! Alhamdulilah aku ditemukan buat kali pertama dalam muka bumi ini baby yang sihat cukup sifat dan berat baby aku 3.9kg,berkatam-katam badan dia......seronok bukan kepalang lagi aku...aku pun buat kali pertama mencium dahi anakku........ini kira kebetulan jugak le sbb nurse yang sambut anak aku tu dulu pernah sambut adik ipar aku masa dia lahir 25 tahun lepas....kira ada kesinambungan la jgk kan...hehehe

Tanggal 23 November 2008





ADAM FAYYADH B. JOHARI


Assalamualaikum....

Bersyukur kehadirat Allah S.W.T kerana limpah kunia dan inayah-Nya... Aku dikurniakan baby lelaki yang comel sesangat dan tembam.....rasa seronok bergelar abah manakala isteriku yang dikasihi pulak bergerlar 'Ummi...Di saat ini aku berasa amat bertuah dan gembira...sukarnya untuk ku gambar untuk mezahirkan perasaan ku terhadap putera sulung ku ini...Aku mulakan hikayat ini untuk aku berkongsi pada semua yang selama nih memberi sokongan galakan kepada aku selama ini.. Terutama sekali mak dan abah aku (Salmiah sekarang udah bergelar mak tok!!!!)Abah aku Shamsudin udah bergelar panggilan TokWan) dan jugak tak lupa ada Abah dan mak mertua aku (Majmin-title TOKMA)dan Abah (Zainal Abidin) bergelar TOK ABAH...

Isteriku dijangkakan bersalin pada 27 November tetapi pada awal pagi 23hr bln tgh time aku sedap2 tido dengan adik2 ipar aku yang lain iaitu (Ehsan dan Khalis) tertiba isteri aku turun air kat depan pintu bilik..masa tu aku tido kat rumah mak mertua aku sbb nk dekat due date kena le stanby..time tu plak pak mertua aku berada di hospital sbb menjalani operation kerana ependik..Apa lagi gelabah la satu rumah time tu dah le abah dan mak mertua aku tk dak...selamat le makcik Zana jiran sebelah rumah mak mertua aku ada...dia le yg banyak tolong tu serta meneman isteri aku...

Aku dan isteri aku yang ditemani makcik Zana pergi ke Klinik Pakar K.S Wan and Liow kat Sungai Rambai berhampiran dengan ofis aku je.. masa sampai tu trus je isteriku dimasukkan ke dalam bilik bersalin...dalam 10minit kemudian mak mertua aku pun sampai dengan air mata mengalir serta sebak dia memeluk makcik Zana...aku tau mak mertua tk dapat menahan rasa sedihnya apabila waktu isteriku hendak bersalin dia sebagai ibu tiada disisi isteriku...dalam 15minit menunggu jurawat datang memberitahu bahawa isteriku tk bleh bersalin lagi tp klinik akan tahan sehingga esok pagi sehingga doktor datang...aku dan yg lain2 pun balik ler

Awal2 Pagi 23 November 2008

Pada pukul 7.30pagi aku dah cacak kat klinik k.s wan...aku sempat jumpa isteriku untuk bagi dia tenang dan semangat..dalam pukul 11pg abah,mak dan adik2 aku pun sampai kat k.s wan... pukul 11.45 doktor panggil aku masuk dalam dewan bersalin,dia kata kena bersalin cara operate sebab kepala anak aku dah lari skit daripada kedudukan dia nk keluar...apa lagi aku pun rasa macam nk sebak le,tp isteriku tenang je and cool..rasa berat hati je nak sain surat kebenaran operate tapi aku berdoa agar anak dan isteriku selamat...Isteriku masuk bilik operation pukul 12.00tgh hari...nasib la nurse kat situ bagi aku masuk...sempat la aku borak-2 dengan isteriku kat dalam bilik menunggu....Alhamdulilah