ADAM FAYYADH B. JOHARI
Assalamualaikum....
Bersyukur kehadirat Allah S.W.T kerana limpah kunia dan inayah-Nya... Aku dikurniakan baby lelaki yang comel sesangat dan tembam.....rasa seronok bergelar abah manakala isteriku yang dikasihi pulak bergerlar 'Ummi...Di saat ini aku berasa amat bertuah dan gembira...sukarnya untuk ku gambar untuk mezahirkan perasaan ku terhadap putera sulung ku ini...Aku mulakan hikayat ini untuk aku berkongsi pada semua yang selama nih memberi sokongan galakan kepada aku selama ini.. Terutama sekali mak dan abah aku (Salmiah sekarang udah bergelar mak tok!!!!)Abah aku Shamsudin udah bergelar panggilan TokWan) dan jugak tak lupa ada Abah dan mak mertua aku (Majmin-title TOKMA)dan Abah (Zainal Abidin) bergelar TOK ABAH...
Isteriku dijangkakan bersalin pada 27 November tetapi pada awal pagi 23hr bln tgh time aku sedap2 tido dengan adik2 ipar aku yang lain iaitu (Ehsan dan Khalis) tertiba isteri aku turun air kat depan pintu bilik..masa tu aku tido kat rumah mak mertua aku sbb nk dekat due date kena le stanby..time tu plak pak mertua aku berada di hospital sbb menjalani operation kerana ependik..Apa lagi gelabah la satu rumah time tu dah le abah dan mak mertua aku tk dak...selamat le makcik Zana jiran sebelah rumah mak mertua aku ada...dia le yg banyak tolong tu serta meneman isteri aku...
Aku dan isteri aku yang ditemani makcik Zana pergi ke Klinik Pakar K.S Wan and Liow kat Sungai Rambai berhampiran dengan ofis aku je.. masa sampai tu trus je isteriku dimasukkan ke dalam bilik bersalin...dalam 10minit kemudian mak mertua aku pun sampai dengan air mata mengalir serta sebak dia memeluk makcik Zana...aku tau mak mertua tk dapat menahan rasa sedihnya apabila waktu isteriku hendak bersalin dia sebagai ibu tiada disisi isteriku...dalam 15minit menunggu jurawat datang memberitahu bahawa isteriku tk bleh bersalin lagi tp klinik akan tahan sehingga esok pagi sehingga doktor datang...aku dan yg lain2 pun balik ler
Awal2 Pagi 23 November 2008
Pada pukul 7.30pagi aku dah cacak kat klinik k.s wan...aku sempat jumpa isteriku untuk bagi dia tenang dan semangat..dalam pukul 11pg abah,mak dan adik2 aku pun sampai kat k.s wan... pukul 11.45 doktor panggil aku masuk dalam dewan bersalin,dia kata kena bersalin cara operate sebab kepala anak aku dah lari skit daripada kedudukan dia nk keluar...apa lagi aku pun rasa macam nk sebak le,tp isteriku tenang je and cool..rasa berat hati je nak sain surat kebenaran operate tapi aku berdoa agar anak dan isteriku selamat...Isteriku masuk bilik operation pukul 12.00tgh hari...nasib la nurse kat situ bagi aku masuk...sempat la aku borak-2 dengan isteriku kat dalam bilik menunggu....Alhamdulilah
No comments:
Post a Comment