Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Qurban

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
Islam
Merdeka (Bukan hamba)
Baligh lagi berakal
Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya."

Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."

Wednesday, November 25, 2009

Mendidik Anak Anak Menurut Islam

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.Membentuk Dunia Kanak-kanak.Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:"wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

Monday, November 23, 2009

HARI LAHIR ADAM FAYYADH 23.11.2009

Hari Lahir Adam Fayyadh disambut kat JUSCO Bandar Perda bersama dengan dengan TOKMA, TOKBAH, AYAH CHUK & AYAH CHIK...


Kek Hari Jadi Adam Fayyadh
Adam tengah dok tunggu nak makan kek
Knapa la lambat sangat nak potong kek ni
Bosannya menunggu

Emmm sedapnya makan kentang niii(bila la ummi nak bagi paha ayam plak...Asyik AyahChuk dgn AyahCik je makan ayam)..

Tensionnya kena pakai topi..

Kenyangnya makan...


Rileks la Adam jgn marah

Adam Fayyadh dgn Tokma

Semuanya ada masa time hari jadi Adam kecuali AyahNgah sbb dia ada kat Putrajaya.


Adam Fayyadh dgn TOKMA & TOKABAH
Adam Fayyadh dgn abah & Ummi

Semoga Adam Fayyadh menjadi anak yang soleh,
Taat kepada ibubapa,
Menghormati orang yang lebih tua dan ibubapa,
Semoga berjaya didunia & akhirat,
semoga menjadi tauladan & ikutan yang baik bila besar nanti...
Dalam detik hati ni kalau aku ada duit teringgin aku nak bawa anak & isterku pergi menunaikan umrah...Insyaallah aku cuba nk simpan duit sikit2..Tgk gambar abg bob pergi menunaikan Umrah baru2 ni...terlintas di detik hatiku ingin sampai disana..ku dapat rasakan tempat tu tenang sangat...insyaallah

Sunday, November 22, 2009

ADAM GENAP SETAHUN

Hari ini 23/11/2009 adalah hari lahir Adam Fayyadh yg ke setahun... sudah setahun aku dan isteriku mendapat pengalaman menjadi ibubapa kepada Adam Fayyadh dan bermacam2 kami tempuhi...setiap ujian dan dugaan yg datang adalah dari Allah kepada hambanya...setahun jgklah blog Adam ni berfungsi sebagai informasi dan maklumat keluarga kami kepada umum... Insyaallah malam ni kami akan wat makan2 skit kat luar ...buat kecil2 jer untuk sambut hari jadi Adam Fayyadh ni...Tuhan tk suka org yg membazir...Hari Raya ni kat Sg,Petani pun nk wat lagi Hari Jadi Adam..Yg tu Tok Wan Din dgn Mak Ngah Julia dia sponsor kot hehehe..
Adam kemarin dah menunjukkan satu lagi perkembangan iaitu dia dah boleh berjalan... langkah pertama Adam kat Alor Setar kat rumah Ayah Ngah dia...Langkah pertama Adam dia berjalan menuju kat Abah kesayangan dia la iaitu aku hehehe.... Langkah kedua Adam menuju ke Tok Ma dia la...bukan nk jalan2 slow2 tp Adam lari dalam 10 langkah ke Tok Ma dia..
Dalam waktu aku menjadi ayah ni dan membesarkan anak, aku cuba menjadi ayah yg berkesan kepada anak aku...aku akan cuba berikan yg terbaik buat anakku...Ayah itu akan menjadi qudwah(contoh tauladan), bagi anak-anaknya. Seorang ayah tidak akan mungkin berhasil didalam pendidikan anak-anaknya, apabila ia tidak dapat menjadi contoh tauladan yang baik bagi mereka, baik dalam segi akhlak, ataupun ilmu dan agamanya. Satu hal yang sangat mustahil sekali, apabila seorang ayah melarang agar anaknya jangan berdusta, sementara ia sendiri berdusta didepan mata anaknya..
Allah SWT berfirman : “ Sesungguhnya sudah ada bagi kamu didalam diri Rasulullah SAW contoh tauladan yang baik…..”.
Bagi aku seseorang anak, hendaklah semenjak dari kecil lagi dibiasakan lidahnya agar dapat membaca Al-Quran dengan fasih. “Alah biasa karena terbiasa.”. Aku juga tk nk lah menjadikan rumah aku bagaikan kuburan yang gelap, tak dak bacaan solat didalamnya, bagai orang mati sebelum ia mati. Jadikanlah rumah kita bagai masjid yang setiap ruangan disinari cahaya bacaan Al-Quran kita dan anak-anak kita. Hiasilah rumah kita dengan solat fardhu dan solat2 sunat. Insyaallah...Seorang ayah hendaklah menjadi contoh tauladan bagi anaknya dalam hal aqidah supaya anak2 tidak terikut perkara2 yg tk elok yg boleh memesongkan aqidahnya...
Seorang ayah hendaklah menjadi contoh tauladan bagi anaknya dalam melaksanakan hukum-hukum islam, kerana di dalam sebuah hadis :
“ yang halal itu jelas, yang haram itu juga jelas, apa-apa yang ada diantara keduanya adalah masalah syubhat, maka barang siapa yang memelihara diri dari hal-hal yang syubhat, maka sesungguhnya telah terpelirada agamanya dan kehormatannya, dan barang siapa yang jatuh pada hal-hal syubhat,sesungguhnya ia telah jatuh pada yang haram, ….” (H.RBukhari dan Muslim).
Seseorang ayah hendaklah menjadi contoh tauladan bagi anak-anaknya, maka janganlah kita berdusta, menipu,mencuri, mengumpat, mencari kesalahan orang lain,sombong,bongkak,bangga diri, tidak menganiaya pada siapapun, kerana disebabkan hal inilah akan menjadi pusat perhatian anak-anak dan akan menjadi contoh baginya...
~Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu..Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMu...Aku hina tanpa rahmatMu~

S.O S.P.T NAIB JUARA KEJOHANAN BADMINTON PENOLONG PEGWAI TANAH P.P

Pada 21/11/2009 hari Sabtu jam 8.30pagi bertempat di Dewan Badminton Safira Country Club, Persatuan Penolong Pegawai Tanah telah mengadakan Kejohanan Badminton Penolong Pegawai Tanah buat kali pertama.. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Tanah & Galian Dato Haji Ariffin... Sebelum acara dimulakan kami semua warga S.O Pulau Pinang mensedekahkan surah Al-Fatihah kepada ayah radzi yg telah meninggal dunia...
Acara dimulakan dengan udian pasukan-pasukan yang bertanding..,Team KUN S.P.T diletakkan didalam Kumpulan B bersama dengan daerah SPS & DBD, manakala Kumpulan A team dari PTG, SPU & DTL...Team SPT & PTG adalah pasukan pilihan dan digeruni daerah2 lain...ini menjadi motivasi kepada kami untuk melangkah ke Final...
Perlawanan pertama kami bertemu dengan pasukan dari DBD...kami meletakkan En.Razak sebagai pemain Single bertemu DBD...sepatutnya ayam tambatan (Permain single Ranking No.1 SPT) kami iaitu Radzi akan bermain single, tetapi apakan daya orang yg radzi cintai & sayangi telahpun pergi buat selamanya...dan radzi pun tk dpt hadir.. Ketiadaan radzi agak mengusarkan jgk kem SPT kerana dari permantauan dari team lain amatlah kuat seperti Yusni dari DTL dan Din Botak dari PTG serta Naemi dari SPS...tetapi dgn kepintaran Pengurus Pasukan iaitu Bg Bob(En.Shafiee) kami dpt membuat percaturan serta strategi yg baik di peringkat kumpulan..

Keputusan Perlawanan: Peringkat Kumpulan B

SPT vs DBD

Single - En.Razak menang straight set dgn team DBD
Double - Safar/Duwan kalah kpd Azriel Johar/Herman(DBD)
Double - En.Razak/Johari menang dgn team (DBD)
Double - Safar/William(sponsor) menang dgn Ramzi/Sarjan(DBD)

SPT vs SPS

Single - En.Razak menang dgn En.Naemi(SPS)
Double - Safar/William(sponsor) menang dgn En.Khalil/Sham(SPS)
Double - En.Razak/Johari menang dgn En.Naemi/Zaidi(SPS)
Double - En.Shafiee(BOB)/Duwan menang dgn team (SPS)

Team SPT menjadi juara kumpulan B dan secara automatik layak ke separuh akhir.

SEPARUH AKHIR

SPT vs DTL
Pasukan DTL menarik dari bertemu dgn pasukan SPT mungkin kerana keletihan ataupun gerun untuk bertemu dgn pasukan SPT...ini bermakna pasukan SPT layak secara automatik ke Final bertemu dgn pasukan PTG...

AKHIR

Double - Safar/William kalah kpd Dato Hj.Ariffin/Din Botak(PTG)
Double - En.Shafiee/Duwan kalah kpd En.Ismail/beregu beliau dr PTG
Double - En.Razak/Johari menang kepada team dari PTG

kekalahan 2-1 kepada pasukan PTG tidak bermakna kami akan buat selamanya...insyaallah tahun hadapan kami akan cuba lagi..ini tidak melemahkan semangat kami... hanya tersalah percaturan di Final kami Team KUN SPT berputih mata untuk menjulang kejuaraan..Ini bermakna pasukan kami iaitu Team KUN SPT telah menjadi NAIB JOHAN KEJOHANAN BADMINTON PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG EDISI 2009....
Pujian juga harus diberi kepada Pengurus Pasukan iaitu En.Shafiee(BOB) yg menunjukkan semangat kesukanan dgn bermain serta menunjukkan pemainan yg baik..SYABAS

AHLI PASUKAN:
BOB(EN.SHAFIEE)
EN.RAZAK
JOHARI
SAFAR
DUWAN
FARID
RADZI

Takziah Buat Radzi Sekeluarga

Pada 21/11/2009 jam 3pagi orang yang radzi cintai & sayangi iaitu ayahnya telah meninggal dunia buat selamanya...Kami warga S.O S.P.T mengucapkan takziah kepada Radzi sekeluarga.. Kami doakan mudah-mudahan moga roh ayah radzi berada di tempat orang yang soleh...Amin..
Marilah kita sama mensedekahkan Surah Al-Fatihah kepada roh ayah beliau..
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan jauhilah dia daripada bala, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya (kubur), bersihkanlah dia dengan air, air salji dan air embun, bersihkanlah dia daripada dosa-dosanya seumpama baju putih yang bersih dari kotoran, gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya, masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dia daripada azab kubur dan siksa api neraka,” Amin
Sesungguhnya doa seorang anak yang soleh kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia adalah satu amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. Hal ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud : “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang soleh.” (Riwayat Muslim).
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari Qiyamah sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,dia meperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang
memperdaya.." (ali Imran :185)
-AL-FATIHAH-

Thursday, November 19, 2009

Sahabat Sejati Dunia Akhirat

Kita manusia didunia mesti memiliki sahabat atau kawan-kawan... tapi bagaimanakah kita ingin membezakan di antara sahabat dunia & akhirat.. kerana dengan adanya sahabat ia boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah...
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
-Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
-Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
-Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
-Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
-Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Sahabat yang baik adalah sahabat yang juga baik perilakunya, kata-katanya, cemerlang pencapaiannya. Dia mengajak kepada kejayaan, berusaha menjadikan orang lain cemerlang sepertinya. Pendek kata, sahabat yang baik adalah sahabat yang lebih pentingkan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Tak nampak keburukan dalam sikapnya dan fikirannya. Biarlah kita bersahabat sebagai cara untuk kita beribadah kepada Allah, biarlah sahabat kita tu sikapnya membawa kita banyak mengingati akhirat. Sahabat sejati adalah sahabat yang bermanfaat pada kita dan orang-orang disekeliling kita. Kita memerlukan seorang sahabat (ataupun ramai sahabat) dalam usaha kita mengejar kejayaan kerana sahabat dapat memberikan kita bantuan dalam bentuk idea, tenaga, dorongan dan panduan. Kejayaan Nabi Muhammad menyebarkan ajaran Islam di bumi Arab adalah kerana bantuan sahabat-sahabat Baginda.

Dalam mencari seorang sahabat sejati, kita akan berjumpa dengan ramai sahabat yang berperangai buruk. Sahabat sejati ni cuma ada satu dalam seribu. Mencari sahabat sejati satu cabaran, menjaga hati sahabat juga merupakan satu cabaran.
Tips bagaimana untuk menjaga persahabatan dan mengekalkan persahabatan:
1. Berikan sesuatu yang mendamaikan hatinya. Lakukan apa saja cara yang dibenarkan Islam untuk menggembirakan emosinya, termasuk le membelanja dia makan, hehe..sesuaikan dengan kemampuan.
2. Banyak melakukan kejutan-kejutan yang menggembirakan dirinya hingga membuat dia merasa terharu, sampai nangis-nangis gitu.
3. Selalu ucapkan terima kasih padanya, jadikan dia berharga dan penting dalam hidup Anda. Panjatkan rasa bersyukur pada Allah kerana dia hadir disamping Anda.
4. Berkongsi kedukaannya, kesedihannya dan berikan semangat padanya di kala dia sedang berduka.
5. Anggap dia ahli keluarga Anda sendiri, kenali mak dia, ayah dia dan orang-orang dalam keluarga besarnya.
6. Maafkan kesalahannya selalu, doakan kejayaannya selalu, doakan kesejahteraan dirinya selalu, biar kiat doakan dia beratus kali dalam sehari, bukan sekadar selepas sembahyang saja
.

Dahulukan doa Anda dengan Surah Al-Fatihah dan dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, moga cepat dimakbulkan Allah. Apa yang kita doakan pada seseorang, itu yang akan berlaku dalam hidup kita, ibarat kita berdoa untuk diri kita juga. Kita doakan kejayaan seseorang, kita akan berjaya juga jadinya!

Sifat Ego Insan Yang Bernama Manusia

Aku pagi ni agak sibuk tetapi dalam keadaan yang sibuk aku tengah cari idea nak buat laporan tanah.. tapi pagi-pagi mcm ni elok jgk klu saya nk tulis tentang sifat ego dan bangga diri.. Kita sebagai manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini. Setiap manusia di muka bumi ini berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu kita hidup di bumi ini perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ibaratkanlah hidup kita sebagai batu-bata untuk membina rumah. Sekiranya kurang satu batu-batu itu, maka tidak lengkaplah rumah yang ingin dibina.


Sekiranya seseorang manusia diuji dengan ilmu dan kepandaian, janganlah mengaggap dirinya hebat, kita perlulah melihat ke bawah juga. Kadangkala kehebatan dan kepandaian boleh merosakkan iman seseorang. Akibat sifat bangga, takbur dan ego pada diri sendiri, boleh merosakkan keimanan seseorang. Nau`zubillahi min zalik !!.


Sekiranya kita amati, Islam menyuruh kita mempelajari ilmu akhlak terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu-ilmu yang lain. Hal ini amat praktikal, iaitu terjadi apabila seseorang itu, telah menguasai ilmu akhlak, maka dengan mudah baginya menguasai diri dan memandu kehidupannya. Maka hendaklah kita nilai diri kita terlebih dahulu, adakah kita telah menguasai ilmu akhlak?? Atau masih lagi tidak mengetahui asal usul ilmu tersebut.


Apalah yang ada pada ilmu sekiranya tidak disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ta`ala. Sikap ego dan bangga diri akan lahir apabila melihat diri sendiri hebat dari orang lain. Kehebatan diri jauh lebih baik dari orang lain. Melihat kekurangan yang ada pada diri orang lain sambil mentertawakan orang itu. Begitu juga melihat penderitaan dan kesusahan yang dialami orang lain. Oleh itu cara terbaik mengelakkan diri daripada sifat ego dan membangga diri ialah dengan selalu mendekatkan diri kepada Allah ta`ala. Beristighfar dengan memikirkan kesilapan yang dilakukan dan bertaubat dengan tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan. Sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bantulah insan yang memerlukan bantuan dengan berlapang dada, tanpa disuruh dan tanpa diumumkan. Itu lebih baik dissisi Tuhan rabbul i`zzah.

Wednesday, November 18, 2009

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh & Takbur

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata :
Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah..hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah
Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami
Amin……

Monday, November 16, 2009

Terkenang Bercuti di Melaka


Wahai sang singa raja segala haiwan jgn marah ye time ni aku tgh pegang ekor engkau..

Bergambar di pintu masuk Cowboy Town A Famosa Resort

Walaupun dah lama kami sekeluarga pergi ke melaka tapi kenangan pergi sana mmg payah aku nk lupakan...ye la tempat best2 yg aku pergi mana boleh lupa... Melaka dah byk kali aku pergi tapi kali trip lain skit sbb banyak pergi tempat yg meriah2 mcm A Famosa Resort p tgk Cowboy Town,pergi Eye On Malaysia, pergi makan ikan bakar kat Umbai dan pergi shopping kat Tangkak...pergi Tangkak pun sbb nk lajak tengok bakal adik ipar sama kat Muar...

Time yang paling sekali adalah pi Cowboy Town, masuk dalam Rm30 seorang je tempat tu.. kami kira bertuah la dapat tgk show pada malam tu... acaranya dari mula sampai last mmg best, ada pentunjukan binatang,red indian, Cowboy tembak menembak, pentujukkan tarian dan mcm2 lagi...hehehe yang lawaknya pentunjukan ratu pondan pun ada hehehe
Jalan2 kat Melaka teringat aku kat arwah bg joe...masa aku selalu pergi jalan2 dengan rombongan trip kampung bg joe iaitu Pekan Darat...Seronok time masa tu...

Sunday, November 15, 2009

S.O SPT dah terima OPSYEN

Hari ni dalam sejarah buat warga penolong Pegawai Tanah Pejabat Tanah S.P.T... Alhamdulilah kami semua dah pun menerima Borang Opsyen Pertukaran Perlantikan ke NT27 dan mungkin sebentar je lagi kami akan menandatangani borang tersebut. Macam aku yang masih belum cukup syarat 6 tahun pengalaman kerja, aku sekarang memegang status KUP27 (Khas Untuk Pemangku) sehinggalah bulan 5 tahun depan baru la aku cukup syarat....tapi takpe bukan lama mana pun cuma tinggal 6bulan je lagi untuk cukup syarat NT27... tapi kemarin aku ada baca satu atikel di dalam forum UTUSAN bertarikh 16 NOVEMBER 2009 tentang jawatan J17/22/26 yang tk puas hati kat S.O dan diaorang nk hantar petisyen kat JPA...

Nasihat saya buat juruteknik J17/22/26 janganlah iri hati sgt dgn kami ni sbb apa kerajaan dan JPA putuskan adalah munasabah & tepat ttg kenaikan gred kami...perlu diingatkan jgk jawatan juruteknik ini dahulunya adalah serpihan daripada jawatan S.O jgk danaru lah wujud jawatan juruteknik serta jawatan ADO(Penolong Pegawai Daerah)...jawatan kami ni dah wujud sejak lebih dari 100 tahun dan pulak nama jawatan pun Penolong Pegawai Tanah, tak kan lah nk gred NT17 kot.. jawatan Juruteknik baru lagi wujud..JPA tidak pilih jawatan untuk naikkan gred atau memilih bulu... Kesatuan kami bertahun2 bertungkus lumus untuk mendapatkan kenaikan gred ini dan kesatuan telah sedaya upaya membuat kajian serta menghasilkan proposal kenaikan gred untuk dihantar ke JPA...bukannya senang untuk naik gred encik juruteknik oiiii... saya nasihatkan suruhlah kesatuan juruteknik buat proposal hantar ke JPA dan nyatakan sebab2 perlunya J17/22/26 perlu naik gred...janganlah nk minta naik gred pun burukkan jawatan lain serta landasan serta alasan untuk naik gred sama... Apapun J17/22/26 kena usaha la yerr..



Aku adalah salah seorang orang yang bertuah selepas Safar dan Radzi sbb dapat tgk proposal yang dihantar ke JPA untuk kenaikan gred NT27...Proposal tu lah diguna pakai sehingga S.O2 satu Malaysia menikmati kenaikan gred NT27...

Monday, November 9, 2009

THE JUNIOR TERMINATOR





A human-looking, apparently unstoppable cyborg is sent from the future HEHEHE5



MOHD AQIL SUFI...


Pada hari Ahad baru ni saya dah pun pergi tengok anak saudara saya yg baru lahir di Kampung Naga Alor Setar... Pada hari tu jugak adik ipar saya buat kenduri cukur kepala untuk anak dia yg baru lahir...

Wednesday, November 4, 2009

Kenaikan Gred Penolong Pegawai Tanah

Kerja2 yg kami buat
Sebahagian team teknikal & Penguatkuasaan

Operasi Car Wash di Jalan Tenggiri Seberang Jaya

Aku dan Safar tengah meneliti pelan untuk tindakan meroboh


Operasi di Taman Senangin Perai



Operasi di Sungai Lembu

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah...

Kerajaan Malaysia telah bersetuju menaik taraf jawatan Penolong Pegawai Tanah (S.O) dari NT17 kepada NT27 di Semenanjung Malaysia...aku juga pun menikmati kenaikan gred ni sebab aku pun Pen.Pegawai Tanah jugak heheheh5...terima kasih jugak buat Perdana Menteri kita (Najib Tun Razak) dan tak lupa juga Mantan Perdana Menteri (Pak Lah) serta Jabatan Perkhidmatan Awam sebab mendengar keluhan serta permintaan kami yang sekian lama ni...kami memang sepatutnya berhak dapat kenaikan gred...terima kasih daun keladi.. buat veteran2 S.O,pesara2 S.O yang pernah berjuang demi menjulang jawatan S.O ke lebih tinggi kami semua akan ingat jasa2 kamu sehingga kami mati...itu janji kami...darah yang mengalir dalam tubuh kami adalah darah S.O...HUH BERSEMANGATNYA AKU
sila ikuti pautan untukm maklumat lanjut :
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/16/pp162009.pdf

Disebabkan S.O dah naik Gred, aku ingin mengambil kesempatan ingin bercerita sikit tentang asal usul jawatan Pen.Pegawai Tanah...Sebenarnya jawatan Pen.Pegawai Tanah telah wujud lebih dari 100 tahun yang lalu iaitu bersama kewujudan undang-undang tanah yang pertama diperkenalkan oleh Penjajah Inggeris ke Negara ini di Negeri-negeri Selat melalui Land Code 1891 dengan digariskan, panduan dan tugas-tugasnya sekali. Bukti jawatan ini diwujudkan sejak dari tahun 1891 dapat dilihat dengan adanya tandatangan Settlement Officer (Pegawai Petempatan) didalam Certified Plan (Pelan Akui) yang disimpan di Jabatan Ukur.

Jawatan yang kami jawat ini dikatakan sebagai teras dan tulang belakang kepada pentadbiran tanah. Keunikan pentadbiran tanah di Negara ini, adalah kerana adanya jawatan Pen. Pegawai Tanah yang berkhidmat didalam pentadbiran tanah dari mula hingga ke akhir perkhidmatan dengan kerajaan.

Demi kebaikan pentadbiran tanah Negara ini dan menyedari kedudukan skim perjawatan yang kurang tepat, kesatuan kami iaitu Kesatuan Penolong Pegawai Tanah ini semenjak tahun 1980 lagi telah mengemukakan beberapa memorandum kepada kerajaan untuk menaikkan taraf Skim Perkhidmatan dari Kumpulan C kepada Kumpulan B. Walau bagaimanapun tuntutan kesatuan tidak diterima sepenuhnya tetapi sebaliknya kerajaan bersetuju mewujudkan jawatan Peg.Kanan Petempatan pada tahun 1989.

Pewujudan jawatan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran tanah di Negara ini memandangkan pada waktu tersebut tidak terdapat jawatan diperingkat Kumpulan B didalam perkhidmatan pentadbiran tanah diperingkat daerah, negeri mahupun perseketuan. Hasil dari tuntutan Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu kerajaan telah bersetuju untuk mencantumkan Skim Pegawai Petempatan (N9 & N7) dan Skim Pegawai Kanan Petempatan (NT6 & NT5) kepada Skim Pen.Pegawai Tanah (NT9,NT7 & NT 5) dan dikuatkuasa melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil.18/2001.

Apabila Sistem Saraan Malaysia dikuatkuasakan gred skim ini telah diubahsuai kepada Gred NT17,NT22 & NT 31/322 dan baru-baru ini kerajaan telah menaik taraf jawatan Pen.Pegawai tanah NT17,NT22,NT31/32,NT36 kepada skim Pen.Penolong Pegawai Tanah NT27,NT32 & NT36 bagi pemakaian di Semenanjung Malaysaia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009 melalui Pekeliling Perkhidmatan 16/2009.

Sunday, November 1, 2009

Saya Dapat Anak Saudara

Alhamdulilah...adik ipar saya iaitu Zamin & isteri beliau "Sham" selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah klinik pakar di Alor Setar... saya dan isteri amat gembira bila dapat berita dari beliau melalui telefon...kedengaran Zamin menangis kegembiraan dan kesyukuran bila dia bgtau kami yang dia dah jadi ayah....hehehe....apapun tanhniah la buat zamin dan sham...Adam Fayyadh dah ada la kawan nk main nnt kat rumah Tok Ma dia...jgn berebut mainan sudah hehe2...insyaallah mungkin hujung minggu saya akan pergi melawat mereka di Alor Setar...

Gambar2 Di Kota Kinabalu
















Syoknya Pergi Kota Kinabalu

Ni dekat Kinabalu Pine resort( di belakang iailah Gunung Kinabalu)


Kesiannya Adam kena tinggal waktu ni
Pagi2 saya buka folder gambar percutian saya pada bulan jun tahun ni...teringat la plak tempat saya & isteri pergi makan angin iaitu Kota Kinabalu....saya pun trus upload boh dalam blog...

Percutian kali ni sy tk bawa Adam dan sy tinggalkan adam kepada Tok Ma untuk dijaga... Pernebangan kami akan berlepas pada jam 10 pagi dan bermakna kami hendaklah 2jam lebih awal check in di airport Bayan Lepas... selepas selesai check in kami semua mengisi perut dahulu di MCD..setengah jam lagi nk berlepas saya pun ke balai berlepas dan tepat jam 10pagi kami pun berlepas ke Kota Kinabalu....

Kami tiba di KK jam 12.30tgh... setibanya kami sampai, kami terus amik kereta sewa dan pergi ke Kundasang...Kundasang iailah satu destinasi peranginan yg terkenal di Sabah...tempatnya cantik dan sejuk serta ia adalah kaki gunung Kinabalu...tempatnya lebih kurang Cameron Highland la kat semenanjung..kami berada di sana selama 2hari.. makanan yang paling sedap yg sy makan kat sana adalah nasi goreng seafood & kepak ayam... perrhhh meleleh air liur saya dibuatnya... di Kundasang kami menginap di Kinabalu Pine resort iaitu salah satu resort ciri2 ala inggeris...bila sampai saje di Kundasang sy merasakan udara yg nyaman sgt2,dah lama sy menghirup udara mcm ni...syukur kepada Allah yang menjadikan langit & bumi..


pada hari kedua sya pergi ke Hot Spring dan Kundasang War Memorial...pada hari terakhir kat kundasang kami ke kaki gunung Kinabalu.. pada tengaharinya di kami berangkat balik ke Kota Kinabalu...setiba je saya isteri trus shoping beli cenderamata kat kwn2...ada mcm2 kat pasar Filiphin, ada kristal,mutiara dan yang paling bestnya ikan bakar la pada waktu malam... kami tk terlepas nk merasa ikan bakar serta latok...emmm sedap tapi isteri saya tk lalu sbb dia berlendir hehehe5....dan keesokanya pada pukul 6pagi kami dah pun check in kat terminal 1 Kota Kinabalu untuk balik ke Penang...klu nk tahu kat KK ada 2 terminal lapangan terbang...jgn tersilap sudah...ok buat safar dan razi yang nk ker KK bulan tahun depan sy ucapkan selamat pergi dan balik ok... Klu sempat pergi la Pulau Manukan...bila balik rasa rugi sgt saya tk pergi Pulau Manukan...Pulau tu diantara yang tercantik selepas Pulau Sipadan dan Pehentian