Wednesday, November 4, 2009

Kenaikan Gred Penolong Pegawai Tanah

Kerja2 yg kami buat
Sebahagian team teknikal & Penguatkuasaan

Operasi Car Wash di Jalan Tenggiri Seberang Jaya

Aku dan Safar tengah meneliti pelan untuk tindakan meroboh


Operasi di Taman Senangin Perai



Operasi di Sungai Lembu

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah...

Kerajaan Malaysia telah bersetuju menaik taraf jawatan Penolong Pegawai Tanah (S.O) dari NT17 kepada NT27 di Semenanjung Malaysia...aku juga pun menikmati kenaikan gred ni sebab aku pun Pen.Pegawai Tanah jugak heheheh5...terima kasih jugak buat Perdana Menteri kita (Najib Tun Razak) dan tak lupa juga Mantan Perdana Menteri (Pak Lah) serta Jabatan Perkhidmatan Awam sebab mendengar keluhan serta permintaan kami yang sekian lama ni...kami memang sepatutnya berhak dapat kenaikan gred...terima kasih daun keladi.. buat veteran2 S.O,pesara2 S.O yang pernah berjuang demi menjulang jawatan S.O ke lebih tinggi kami semua akan ingat jasa2 kamu sehingga kami mati...itu janji kami...darah yang mengalir dalam tubuh kami adalah darah S.O...HUH BERSEMANGATNYA AKU
sila ikuti pautan untukm maklumat lanjut :
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/16/pp162009.pdf

Disebabkan S.O dah naik Gred, aku ingin mengambil kesempatan ingin bercerita sikit tentang asal usul jawatan Pen.Pegawai Tanah...Sebenarnya jawatan Pen.Pegawai Tanah telah wujud lebih dari 100 tahun yang lalu iaitu bersama kewujudan undang-undang tanah yang pertama diperkenalkan oleh Penjajah Inggeris ke Negara ini di Negeri-negeri Selat melalui Land Code 1891 dengan digariskan, panduan dan tugas-tugasnya sekali. Bukti jawatan ini diwujudkan sejak dari tahun 1891 dapat dilihat dengan adanya tandatangan Settlement Officer (Pegawai Petempatan) didalam Certified Plan (Pelan Akui) yang disimpan di Jabatan Ukur.

Jawatan yang kami jawat ini dikatakan sebagai teras dan tulang belakang kepada pentadbiran tanah. Keunikan pentadbiran tanah di Negara ini, adalah kerana adanya jawatan Pen. Pegawai Tanah yang berkhidmat didalam pentadbiran tanah dari mula hingga ke akhir perkhidmatan dengan kerajaan.

Demi kebaikan pentadbiran tanah Negara ini dan menyedari kedudukan skim perjawatan yang kurang tepat, kesatuan kami iaitu Kesatuan Penolong Pegawai Tanah ini semenjak tahun 1980 lagi telah mengemukakan beberapa memorandum kepada kerajaan untuk menaikkan taraf Skim Perkhidmatan dari Kumpulan C kepada Kumpulan B. Walau bagaimanapun tuntutan kesatuan tidak diterima sepenuhnya tetapi sebaliknya kerajaan bersetuju mewujudkan jawatan Peg.Kanan Petempatan pada tahun 1989.

Pewujudan jawatan ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran tanah di Negara ini memandangkan pada waktu tersebut tidak terdapat jawatan diperingkat Kumpulan B didalam perkhidmatan pentadbiran tanah diperingkat daerah, negeri mahupun perseketuan. Hasil dari tuntutan Kesatuan Pegawai-Pegawai Petempatan Persekutuan Tanah Melayu kerajaan telah bersetuju untuk mencantumkan Skim Pegawai Petempatan (N9 & N7) dan Skim Pegawai Kanan Petempatan (NT6 & NT5) kepada Skim Pen.Pegawai Tanah (NT9,NT7 & NT 5) dan dikuatkuasa melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil.18/2001.

Apabila Sistem Saraan Malaysia dikuatkuasakan gred skim ini telah diubahsuai kepada Gred NT17,NT22 & NT 31/322 dan baru-baru ini kerajaan telah menaik taraf jawatan Pen.Pegawai tanah NT17,NT22,NT31/32,NT36 kepada skim Pen.Penolong Pegawai Tanah NT27,NT32 & NT36 bagi pemakaian di Semenanjung Malaysaia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2009 melalui Pekeliling Perkhidmatan 16/2009.

6 comments:

  1. Tanhiah kepada semua Penolong Pegawai Tanah yang telah dinaikkan pangkat semoga terus berkerja dengan bersih, cekap dan amanah serta jujur dalam Berkhidmat Untuk Negara

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah aku pon tumpang sama wlopn KUP... huhuu....tunggu laa lagi 4 tahun...!!

    ReplyDelete
  3. opps... operasi semua yg kat atas tuh kat kaws aku dulu kan...? hehe kill... 3x die...3x kasi hancur suma, yeah!!!

    ReplyDelete
  4. aku so kedah...mcm haram je rasanya bila dapat tahu pegawai tadbir negeri (KCS) mcm dengki je bila so naik gred...tak nak akui plak tu...opsyen pun x sign lg..amp semua dah sign ke...

    ReplyDelete
  5. Salam..sy pelajar lepasan diploma ukur tanah..seorang perempuan..boleh tak saya nak tahu, apa kriteria yg perlu utk jd pen. peg. tanah? sebab skrg ada kekosongan jwtn ini di negeri pahang..jadi sy berhasrat nak memohon..cuma sy xpasti samada sy layak atau tidak. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam..sy pelajar lepasan diploma ukur tanah..seorang perempuan..boleh tak saya nak tahu, apa kriteria yg perlu utk jd pen. peg. tanah? sebab skrg ada kekosongan jwtn ini di negeri pahang..jadi sy berhasrat nak memohon..cuma sy xpasti samada sy layak atau tidak. Terima kasih.

    ReplyDelete