Tuesday, June 9, 2009

ADAM FAYYADH PERGI MAKAN ANGIN











Adam Fayyadh pergi makan di Cameron Highland....ni la perjalanan paling jauh ADAM buat masa ini.. Thanks ADAM FAYYADH kehadiranmu menambah lagi kasih sayang mak dan abah..

Percutian ni aku pi dengan Safar....Adam merenget la jgk sbb tempat sejuk dan perjalanan plak jauh...Masa ni kami dok kat Rosadelarosa Hotel...syok la hotel mahal dan stye org puteh... malam Adam p pasar malam Brincang...sampai tertido Adam sbb mak dengan abh syok dok jalan2... rasa tk puas sbb waktu singkat je pi sana..

ADAM DI CUKUR KEPALA DAN KENDURI AQIQAH







Hari ini ADAM FAYYADH cukur kepala oleh seorang makcik yang aku pun dah lupa nama dia la....tapi apapun tima kasih banyak2 dia atas tugas mulia makcik untuk mencukur rambut putera kami berdua....setahu apa yang aku tahu bayi yang baru lahir haruslah membuang rambut sbb rambut yang sediada tu tk elok disimpan kerana ia tumbuh semasa di dalam kandungan lagi, ia harus dicukur supaya tumbuh rambut baru sbb rambut lama tu lebih kurang mcm kotor la..buat makcik yang tolong cukur jangan risau ada hadiah ikhlas dari saya dan isteri buat makcik...
selang seminggu selepas tu aku pun buat la kenduri aqiqah kat anak aku....aku dgn erny beli 2 ekor kambing kat mengkuang dengan harga RM1,100.00... kami wat kenduri tu kampung bleh abah Isteriku di Pekan Darat..
Apa yang aku tau dari pemahaman aku bersedekah pada hari ke tujuh dari kelahirannya dengan dua ekor kambing bila lelaki dan seekor kambing bila perempuan inilah dinamakan dengan aqiqah. Hukumnya sunnah muakad, walaupun bagi seorang ayah yang kurang mampu. Namun ada ulama mengatakan hukum aqiqah ini wajib, alasannya kerana Rasulullah SAW dan sahabat selalu melakukannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Bersama bayi adalah aqiqahnya, sembelihlah kambing baginya dan hilangkan gangguan darinya". (Hadis riwayat lima rawi hadis) Boleh juga menyembelih seekor kambing untuk anak lelaki berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW terhadap cucu baginda Al Hasan dan Al Husein ra.
Penyembelihan itu dilakukan pada hari ketujuh sesudah kelahiran. Ini jika sanggup. Kalau tidak, boleh pada hari kedua puluh satu dari hari kelahirannya. Jika tidak sanggup pula, boleh bila-bila saja. Dalam hadis riwayat Baihaqi disebutkan pula aqiqah disembelihkan pada hari keempat belas dan hari kedua puluh satu".

Dalam menyembelih kambing aqiqah dianjurkan mengucapkan "Bismillah, ya Allah ini dari Mu dan kepada-Mu sebagai aqiqah Fulan bin/binti Fulan". Dianjurkan waktu menyembelih aqiqah waktu matahari naik, dan dianjurkan pula mencukur rambut bayi sebelum menyembelih aqiqah. Namun ada pendapat yang mengatakan pencukuran rambut dilakukan setelah penyembelihan aqiqah dan bersedekah dengan emas seberat rambut yang dicukur. Aqiqah agar dimasak dengan bahan yang manis, untuk mengharapkan kemanisan akhlak bayi. Dan lebih utama ialah mengirimkan kepada kaum fakir dalam keadaan yang sudah masak. Menurut Imam Syafei boleh juga kita mengundang fakir miskin datang ke rumah kita untuk menikmati daging aqiqah tersebut.




Terima Kasih Daun Keladi



Buat suma kawan2 yang datang melawat dan bagi hadiah kat anak aku, aku ucapkan terima kasih banyak2....nanti yang second baby bagi la lagi heheheh..

Jutaan terima kasih aku hulurkan di atas pemberian anda....yang datang melawat di rumah dan di klinik K.S Wan aku ucapkan bebanyak tima ksaih gak....tak lupa juga yang bertanya khabar melalui telepon..

Sunday, December 14, 2008

ADAM FAYYADH DIMANDIKAN OLEH MAKCIK ASA


Segala urusan mandi tiap-tiap pagi ADAM FAYYADH diuruskan oleh kawan mak mertua aku iaitu Makcik Asa,dia akan mandikan Adam sehingga tali pusat babyku luruh...


Tiap-2 pagi dari mandi pagi dan petang sampai la ke persiapan baju semua diuruskan Makcik Asa...dari segi pengalaman mmg la aku tengok Makcik Asa nih cekap kendalikan baby newborn nihhhh sebab dia dulu bekas bidan kerajaan...layanan makcik Asa kat baby aku punyalah ternampak kasih sayang makcik asa kat anak aku...masa hari terakhir makcik asa mandikan anak aku sempat jugak dia mengalirkan air mata..itulah kasih sayang...selama 9 hari dia mandikan Adam barulah pusat dia luruh.... kalau aku mau terkehel leher baby nih....hehhe...Aku pon mempelajari sebenarnya cara pengurusan mandi dengan cara yang betul oleh Makcik Asa...banyak jugak ilmu yang dapat aku pelajari dari kelas Makcik Asa nih heheheh...... besar ooo kerja munri nih dan aku amatlah hargai segalanya....terima kasih makcik asa

HARI PERTAMA MENJADI ABAH




Berjumpa kita lagi.....Di sini aku coretkan lagi tanggunjawab hari pertama aku untuk di kongsi bersama.....Sampai sudah di rumah mertua di KOTA PERMAI,pak mertua aku yg baru lepas operation meyambut cucu sulungnya dengan penuh keharuan....

Anak aku anak PULAU PINANG



Selepas selesai aku hantar isteri aku dan baby..selesai tempat tidur berpantang isteri aku.. aku keluar pulak semula atas urusan pendataran sijil kelahiran......Aku bawa segala dokumen berkaitan...Alhamdulilah segala selesai Sijil Kelahiran pun dapat jugak akhirnya....Malam pertama aku bersama baby aku perghhhhh......tak tido lena beb!!! hehehe...banyak benda yang aku dapat belajar mcm buat susu,bedung dengan dukung....ini lah kali pertama aku membancuh susu dengan penuh skill bakat terpendam selama nih...masuk nih pagi 3 kali aku bangun tidoq perghhhh....penuh rintangan aku tempuhi..tapi takpa la ini lah tanggungjawab..... ...Esok pagi aku bangun dengan keadaan begitu tidak 'centre akibat pukulan ADAM FAYYADH semalaman....tapi selamat mak mertua faham dan sporting,dia tk kisah aku sambung balik tido selepas Adam mandi pagi....Petang tu aku keluar untuk selesaikan beberapa perkara...kerja pertama aku adalah pergi ke Klinik Kesihatan Bukit Minyak tempat isteriku check-up kandungan baby...aku pi sana untuk maklumkan yang isteriku dah bersalin....habih tugas nih seterunya aku pi bank islam Bandar Perda atas urusan buka akauan SSPN untuk ADAM FAYYADH aku depositkan dalam tuh sebanyak RM 500.00 ..hmm nih satu projek jangka panjang untuk ADAM FAYYADH...segala duit pemberian saguhati orang aku masukan dalam akaun...ni bukan ape ni suma ni untuk masa depan ADAM FAYYADH.....



Thursday, December 11, 2008




Aku nak ambil kesempatan dalam blog nih kepada yang sudi ziarah isteri aku dengan baby masa kat KLINIK PAKAR K.S WAN ADN LIOW serta Makcik Ratna dan Dr. Liow yg menyambut kelahiran ADAM FAYYADH.....ramai yang mai.. kengkawan sekerja dari Pejabat Tanah iaitu Kak Imi dan suami,ija,Kak K,kak timah,Sukriah dan suami,Zaidi and wife,Mat Awang,Azril,cc zaki,sapark,razi dan lydia... Ahli keluarga sebelah aku yang mai lang,bg ad,Kak Chik,Kak Chaq,Chu,fairuz... Keluarga sebelah isteri yang mai...Paktam Enn family,Paksu Zaini,Pakcik Kamal

Tak lupa jugak kawan-kawan mak mertua aku pon turut meluangkan masa jenguk cucu kawan-kawan..

Aku ucap terima kasih kepada yang hadir bagi hadiah dan saguhati la...kehadiran semua amatlah dialu-alukan dan di akhiri dengan ucapan terima kasih.......