Monday, July 26, 2010

SuKan PETANDA






Baru-baru aku mewakili Pejabat aku dalam sukan petanda untuk acara bowling... Acara bowling diadakan di Megamall Perai dan acara ini dirasmikan oleh bos no.2 aku iaitu En.Hisan B.Abu Bakar...

Untuk Team Pejabat aku, kami dibahagikan kepada 3 team iaitu 1 team pegawai2 dan kakitangan biasa...dalam acara bowling aku tak yakin sangat yang pejabat aku akan menang sbb masih ada lagi pasukan2 dari daerah lain yang digeruni... al-maklumlah bila time ada pertandingan baru la kalut nk tranning...selamat la masa ada selection aku dpat gak wakili pejabat klu dak apa jenis sukan pun aku tk kan dapat wakili...Yang best sgt tu isteri aku pun dapat gak wakili petanda...
Walaupun kami kalah tapi semangat kesukanan yang kami tunjukkan itu yang penting... apapun kalah tetap kalah eheheh..

OraNg Yang Susah UnTuk SayA LuPakAn







Di dalam dunia kehidupan kita ni mestilah kita punyai orang kita sayang...tak kira la ibubapa,sahabat,kawan2 serta saudara...bila kita ingat mereka semestinya lah kita amat menyayangi mereka... kasih sayang itu datang dari jiwa turun ke hati..walaupun dicincang badan kasih sayang dan ikatan itu tetap tersemat didalam hati...cuma bila sampai waktu nyawa terpisah dengan badan dan hanya amalan sahaja dibawa, hanya orang yang kita sayang saja yang akan mendoakan kita disana kelak...

Kenangan yang indah selalu saja tersemat dalam hati aku...bila termenung sorang2 teringat la anak dekat rumah pengasuh serta sahabat lama...isteri klu teringat trus je pergi dekat dia hehehe....teringat waktu bujang2 dulu banyak benda buat dengan kawan-kawan...bila sampai masa suma kenangan tu kita jadikan sempadan untuk kita maju setingkat lagi... tapi sebelum nyawa berpisah dengan badan aku cuma berharap aku dapat meneutralkan keadaan menjadi sediakala... biar aku busuk dimata tp apa yang buat menjadi manfaat kepada orang tidak menyukaiku... mana manusia yang tidak dilanda badai tp jangan pula kita jadi manusia yang takut dilanda badai..

bagi seorang sahabat yang byk beri bimbingan dari jauh aku amat berterima kasih...

Thursday, July 22, 2010

Hari Yang Meletihkan










Assalamualaikum kepada semua....

Dah lama aku tak menulis di dalam blog...sebenarnya aku rasa malas nk tulis tapi ada seorang insan ni yang sangat memahami dan mendorong aku untuk menulis semula... pada mulanya aku menolak pemintaannya menyuruh aku untuk menulis semula tetapi selepas insan ini yang bernama sahabat ini memujuk aku, baru lah aku ingin menulis semula..walau apapun aku ingin mengucap jutaan terima kasih kepada beliau di atas kesetian beliau melihat blog aku yang lama menyepi..

Cuma ada segelintir insan lain mengangap penulis blog ini adalah karut dan tidak berguna langsung... tetapi mereka silap dan tidak sedar bahawa penulisan didalam blog ini lah akan menyedarkan minda mereka yang terlalu liberal dan racis... cuba lah cari apa makna liberal dan nilaikan lah sendiri...

Bagi insan yang kurang senang dengan penulisan saya selepas ini, anda dengan rasa hormatnya boleh keluar dari blog saya....saya tidak mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya...pintu jalan keluar untuk anda sentiasa terbuka...

hari isnin dan selasa yang memenatkan.... thanks kepada kawan2 yang membantu..