Monday, July 26, 2010

SuKan PETANDA






Baru-baru aku mewakili Pejabat aku dalam sukan petanda untuk acara bowling... Acara bowling diadakan di Megamall Perai dan acara ini dirasmikan oleh bos no.2 aku iaitu En.Hisan B.Abu Bakar...

Untuk Team Pejabat aku, kami dibahagikan kepada 3 team iaitu 1 team pegawai2 dan kakitangan biasa...dalam acara bowling aku tak yakin sangat yang pejabat aku akan menang sbb masih ada lagi pasukan2 dari daerah lain yang digeruni... al-maklumlah bila time ada pertandingan baru la kalut nk tranning...selamat la masa ada selection aku dpat gak wakili pejabat klu dak apa jenis sukan pun aku tk kan dapat wakili...Yang best sgt tu isteri aku pun dapat gak wakili petanda...
Walaupun kami kalah tapi semangat kesukanan yang kami tunjukkan itu yang penting... apapun kalah tetap kalah eheheh..

OraNg Yang Susah UnTuk SayA LuPakAn







Di dalam dunia kehidupan kita ni mestilah kita punyai orang kita sayang...tak kira la ibubapa,sahabat,kawan2 serta saudara...bila kita ingat mereka semestinya lah kita amat menyayangi mereka... kasih sayang itu datang dari jiwa turun ke hati..walaupun dicincang badan kasih sayang dan ikatan itu tetap tersemat didalam hati...cuma bila sampai waktu nyawa terpisah dengan badan dan hanya amalan sahaja dibawa, hanya orang yang kita sayang saja yang akan mendoakan kita disana kelak...

Kenangan yang indah selalu saja tersemat dalam hati aku...bila termenung sorang2 teringat la anak dekat rumah pengasuh serta sahabat lama...isteri klu teringat trus je pergi dekat dia hehehe....teringat waktu bujang2 dulu banyak benda buat dengan kawan-kawan...bila sampai masa suma kenangan tu kita jadikan sempadan untuk kita maju setingkat lagi... tapi sebelum nyawa berpisah dengan badan aku cuma berharap aku dapat meneutralkan keadaan menjadi sediakala... biar aku busuk dimata tp apa yang buat menjadi manfaat kepada orang tidak menyukaiku... mana manusia yang tidak dilanda badai tp jangan pula kita jadi manusia yang takut dilanda badai..

bagi seorang sahabat yang byk beri bimbingan dari jauh aku amat berterima kasih...

Thursday, July 22, 2010

Hari Yang Meletihkan










Assalamualaikum kepada semua....

Dah lama aku tak menulis di dalam blog...sebenarnya aku rasa malas nk tulis tapi ada seorang insan ni yang sangat memahami dan mendorong aku untuk menulis semula... pada mulanya aku menolak pemintaannya menyuruh aku untuk menulis semula tetapi selepas insan ini yang bernama sahabat ini memujuk aku, baru lah aku ingin menulis semula..walau apapun aku ingin mengucap jutaan terima kasih kepada beliau di atas kesetian beliau melihat blog aku yang lama menyepi..

Cuma ada segelintir insan lain mengangap penulis blog ini adalah karut dan tidak berguna langsung... tetapi mereka silap dan tidak sedar bahawa penulisan didalam blog ini lah akan menyedarkan minda mereka yang terlalu liberal dan racis... cuba lah cari apa makna liberal dan nilaikan lah sendiri...

Bagi insan yang kurang senang dengan penulisan saya selepas ini, anda dengan rasa hormatnya boleh keluar dari blog saya....saya tidak mengalu-alukan kedatangan anda ke blog saya...pintu jalan keluar untuk anda sentiasa terbuka...

hari isnin dan selasa yang memenatkan.... thanks kepada kawan2 yang membantu..

Wednesday, March 31, 2010

Sekeliling Yang Mengelikan Hati

Aku baru saje balik dari kursus di suatu tempat...tempatnya bolehlah dikatakan aku bagi 3 bintang tempatnya...yang menarik tempat tu boleh tenangkan fikiran...boring mmg la boring... cuma petang2 aku pergi main badminton dgn kawan2..kursus ni aku pergi kejap jer.. difahamkan aku pergi kursus termahal yg pernah tempat kursus itu anjurkan...mahal sbb pensyarah yang bagi ceramah kat situ level tinggi2...
Setelah selesai je kursus dgn tanpa plainning yg terancang aku dan 2 org member pejabat aku wat plain gila nk tido di genting highland...agak lucu la plaining tu dicadang masa time minum pagi...ye la klu dah ada duit apa yg hendak dirancang pun boleh buat...selepas selesai solat jumaat kami pun check out dari tempat kursus dan trus pergi ke Genting Highland... sesudah sampai kami pun menaiki kereta kabel dan trus naik ke genting highland...setelah sampai kami pun pergi lobi firstworld hotel untuk mendapatkan bilik hotel...malang bagi kami hotel telah penuh dan jika bernasib baik kami hendaklah tunggu sehingga jam 8mlm untk mendapatkan bilik yg telah dicancel oleh org lain....alhamdullilah setelah menunggu kami telah mendapat bilik dgn harga rm215 semalam yg ada 3katil serta makan pagi untuk 2 orang...untuk bayaran bilik bg man telah mensponsor bayaran bilik untuk kami sebanyak rm100...kami nk bayar secara tong2 separuh2 dia tknak...

Semasa aku dgn diorang aku rasa mcm tenang jer...bila bergaul tiada gosip2, fitnah2 dan kutuk mengutuk yg disembang...sbb tu aku rasa selesa....hati dan jiwaku bersih dari mendengar benda yg tk elok...malah bila bergaul dgn diaorg aku merasakan kelainan yg membuat jiwa jadi tenang... bila bergaul aku rasa mcm tiada politik berkawan dan politik pejabat yg boleh merosakkan... Maksudnya tiada politik atau mainan disebalik pergaulan untuk menjatuhkan seseorang...
apa yang aku ingin katakan adalah berhati2 bila memilih seseorang untuk kita kenal... aku dah silap langkah...langkah yg memakan diri....tapi ada yg tidak sedar dia sedang dipergunakan untuk pengaruh,kelantangan dan keberanian...klu suma ni tkdak dia tidak mempunyai apa2 langsung...dia hanya dipandang sebagai sampah saje dari pengaruh2 yg kuat...hehehe... apapun aku doakan dia akan sedar walaupun dia sekarang lena diulit dengan mainan politik disekelilingnya yg boleh menghiburkannya...hehehe sian...ada yg tersirat akan menjadi tersurat.. sabar2 la melihatnya...lihat lah melalui mata batilmu...kamu akan jumpa insyaallah....
Bila kita dah mencapai satu tahap yg dinamakan berumur...sudah sampai masanya kita kena membimbing org yg lebih muda...lebih elok dikatakan menegur kepada yg salah dan membetulkanya...jika sikap yg ditampilkan adalah sama dgn apa yg ada ia tidak mempunyai manfaat kepada organisasi yg ada..ia ibarat seperti debu yg berterbangan. malah fungsinya tidak menjadi manfaat semasa disana kelak..
Jika benar bagai dikata aku dan org rumahku dicalonkan untuk anugerah cemerlang...aku berterima kasih kepada mereka yg mencalonkan...aku tk mintak itu suma...yang hanya aku mahu kerja aku dihargai dan dapat dimanfaatkan kepada jabatan... sejak aku tahu aku dicalonkan, aku jadi lemah untuk meneruskan prestasi kerja ku....bila kita dapat ke satu tahap yg tertinggi senang tapi untuk kita mantainkan prestasi adalah amat susah bagi ku... Ku harap tuhan dapat menguatkan semangatku...

Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Qurban

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
Islam
Merdeka (Bukan hamba)
Baligh lagi berakal
Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya."

Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."

Wednesday, November 25, 2009

Mendidik Anak Anak Menurut Islam

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.Membentuk Dunia Kanak-kanak.Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:"wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

Monday, November 23, 2009

HARI LAHIR ADAM FAYYADH 23.11.2009

Hari Lahir Adam Fayyadh disambut kat JUSCO Bandar Perda bersama dengan dengan TOKMA, TOKBAH, AYAH CHUK & AYAH CHIK...


Kek Hari Jadi Adam Fayyadh
Adam tengah dok tunggu nak makan kek
Knapa la lambat sangat nak potong kek ni
Bosannya menunggu

Emmm sedapnya makan kentang niii(bila la ummi nak bagi paha ayam plak...Asyik AyahChuk dgn AyahCik je makan ayam)..

Tensionnya kena pakai topi..

Kenyangnya makan...


Rileks la Adam jgn marah

Adam Fayyadh dgn Tokma

Semuanya ada masa time hari jadi Adam kecuali AyahNgah sbb dia ada kat Putrajaya.


Adam Fayyadh dgn TOKMA & TOKABAH
Adam Fayyadh dgn abah & Ummi

Semoga Adam Fayyadh menjadi anak yang soleh,
Taat kepada ibubapa,
Menghormati orang yang lebih tua dan ibubapa,
Semoga berjaya didunia & akhirat,
semoga menjadi tauladan & ikutan yang baik bila besar nanti...
Dalam detik hati ni kalau aku ada duit teringgin aku nak bawa anak & isterku pergi menunaikan umrah...Insyaallah aku cuba nk simpan duit sikit2..Tgk gambar abg bob pergi menunaikan Umrah baru2 ni...terlintas di detik hatiku ingin sampai disana..ku dapat rasakan tempat tu tenang sangat...insyaallah