Tuesday, October 27, 2009

Adam Fayyadh gunting rambut

Baru-baru ni saya bawa Adam Fayyadh pergi gunting rambut....ni dah kali ke-3 Adam gunting rambut sbb rambut adam cepat panjang... sekejap je masa berlalu bulan depan Adam dah nk genap setahun umor dia...

Adam relaks je masa tgh gunting rambut

HEhehe masa ni pun dia dok diam2 kat atas kerusi


Tuesday, October 20, 2009

BBQ di Sungai Petani


Setelah letih memancing pada petang sabtu, pada malamnya saya dan isteri pun bercadang nk adakan BBQ ayam sempena penutup bulan Syahwal... majlis mula2 nya saya dan isteri tk rancang pun tp hanya kebetulan je..BBQ yang kami buat ni kami jemput saudara terdekat serta jiran jer..majlis BBQ ni saya buat kat rumah family saya di Sg.Petani... Tima Kasih kepada saudaramara saya yg dtg serta sudi menolong iaitu Chu, Fairus & suami, Arsraf(bakal adik ipar)serta jiran2 iaitu keluarga CIk Ta,family Cik Zhi dan family Pakcik Ajis...kami juga ada jamukan kepada tetamu bihun goreng serta BBQ sosej...
Jiran2 yang hadir pada malam BBQ..
Saya dan Mat Pit sedang bakar ayam dan sosej...

masa ni stok ayam dah nk abih hehehe sbb kami dua makan byk..




Monday, October 19, 2009

Hari Minggu Yang Terluang

Pada hari Sabtu dan Ahad iaitu pada 17 & 18/10/09 baru2 ni saya lapang sgt2... saya dan abah saya pun pergi la memancing ikan puyu dan haruan di kampung Tok saya sebelah mak di Bumbung Lima Kepala Batas. Tanpa berlengah lagi saya pun amik rod pancing Abu Garcia (tp bukan Abu Zarin) saya dalam keta dan trus ke pot pancing.. Tempat kami memancing tu mmg best sbb hanya belakang rumah tok saya jer.. dah le teduh dan siap dgn angin sawah padi lagi..
Hasil pada hari sabtu hanya 25ekor ikan puyu jer serta 7ekor ikan haruan yang kami dapat.. letak je pancing tak sampai 2minit dah boleh dapat hasil...ikan puyu plak besar2... pada hari ahad pulak hanya 2jam memancing saya dan abah dapat 40ekor ikan puyu..ikan puyu yang kami dapat suma besar2...hasil ikan yang kami dapat saya dan abah bagi kat tok buat ikan pekasam atau ikan kering...apapun mmg seronok la pergi memacing kat situ...Pot kat situ sape pun tk tau ada banyak ikan...
Adik saya (Jonaidi) dengan kering tk pakai baju tgh dok tunjuk gambar dia dapat ikan
Ini dia ikan puyu terbesar pada hari tu yang saya dapat...amacam besar tk..
Sepupu2 saya iaitu anak paksu pun sibuk sama nk memancing puyu
Ni ikan puyu yang abah saya dapat..tk la besar sgt..hehehe

Ni la hasil pancing yang saya dapat dari bahagian saya pada hari sabtu hari tu..


Thursday, October 15, 2009

TAKZIAH BUAT KELUARGA JOHARI WAN TEH

Kami semua sayang abg joe...

Hari ini tanggal 15 Oktober 2009 perginya seorang insan yang ceria di Pejabat Tanah Seberang Perai Tengah...didalam hidupnya penuh dengan kegembiraan dan banyak menolong kawan2 serta selalu membuat kawan2 gembira... Perginya seorang insan yang amat kami sayangi iaitu JOHARI BIN WAN TEH ke rahmatulallah. kehilangannya sungguh kami terasa...tapi siapalah kami,kami hanyalah insan yang kerdil dan setiap manusia pasti akan melalui mati, tuhan lebih lagi menyanyangi bg joe...penderitaan yang arwah alami dengan penyakit jantung dan kencing manis tidakpun mematahkan semangah arwah semasa hidup...
jenazah arwah bg joe dikebumikan di Masjid Permatang Tok Gelam.. Aku dan rakan2 pejabat serta seperjuangan iaitu razi, safar,nasir notis server yang hadir semasa pegebumian bg joe..
org tua2 ada kata klu kita boleh pergi makan/minum sekali,bergurau sekali,pergi kemana2 sekali dan dia byk tolong kita....tak salah kan klu kita tunggu arwah dan temankan sampai ia dikebumikan...org kata perhormatan buat kali terakhir.
semoga arwah dicucuri rahmatnya dan ditempatkan di tempat orang-orang soleh... AL- FATIHAH
Hari ini engkau telah pergi...pergi buat selamanya..
tuhan lebih menyanyangimu untuk menjemputmu pergi
kasih sayangmu di dunia akan kami ingat buat selamanya...
akan kami sedekahkan doa dan Al-Fatihah buatmu disana...

Sunday, October 4, 2009

TAHNIAH RAZI & LYDIA

Ni la NUR ALEESYA SAFIYYA BT. RADZI
(btol la kot ejaan nama)
Comel kan dia macam mama dia...
Putih gebu dgn merahhh...hehehe geramya... besar nanti mesti cun....