Sunday, November 22, 2009

ADAM GENAP SETAHUN

Hari ini 23/11/2009 adalah hari lahir Adam Fayyadh yg ke setahun... sudah setahun aku dan isteriku mendapat pengalaman menjadi ibubapa kepada Adam Fayyadh dan bermacam2 kami tempuhi...setiap ujian dan dugaan yg datang adalah dari Allah kepada hambanya...setahun jgklah blog Adam ni berfungsi sebagai informasi dan maklumat keluarga kami kepada umum... Insyaallah malam ni kami akan wat makan2 skit kat luar ...buat kecil2 jer untuk sambut hari jadi Adam Fayyadh ni...Tuhan tk suka org yg membazir...Hari Raya ni kat Sg,Petani pun nk wat lagi Hari Jadi Adam..Yg tu Tok Wan Din dgn Mak Ngah Julia dia sponsor kot hehehe..
Adam kemarin dah menunjukkan satu lagi perkembangan iaitu dia dah boleh berjalan... langkah pertama Adam kat Alor Setar kat rumah Ayah Ngah dia...Langkah pertama Adam dia berjalan menuju kat Abah kesayangan dia la iaitu aku hehehe.... Langkah kedua Adam menuju ke Tok Ma dia la...bukan nk jalan2 slow2 tp Adam lari dalam 10 langkah ke Tok Ma dia..
Dalam waktu aku menjadi ayah ni dan membesarkan anak, aku cuba menjadi ayah yg berkesan kepada anak aku...aku akan cuba berikan yg terbaik buat anakku...Ayah itu akan menjadi qudwah(contoh tauladan), bagi anak-anaknya. Seorang ayah tidak akan mungkin berhasil didalam pendidikan anak-anaknya, apabila ia tidak dapat menjadi contoh tauladan yang baik bagi mereka, baik dalam segi akhlak, ataupun ilmu dan agamanya. Satu hal yang sangat mustahil sekali, apabila seorang ayah melarang agar anaknya jangan berdusta, sementara ia sendiri berdusta didepan mata anaknya..
Allah SWT berfirman : “ Sesungguhnya sudah ada bagi kamu didalam diri Rasulullah SAW contoh tauladan yang baik…..”.
Bagi aku seseorang anak, hendaklah semenjak dari kecil lagi dibiasakan lidahnya agar dapat membaca Al-Quran dengan fasih. “Alah biasa karena terbiasa.”. Aku juga tk nk lah menjadikan rumah aku bagaikan kuburan yang gelap, tak dak bacaan solat didalamnya, bagai orang mati sebelum ia mati. Jadikanlah rumah kita bagai masjid yang setiap ruangan disinari cahaya bacaan Al-Quran kita dan anak-anak kita. Hiasilah rumah kita dengan solat fardhu dan solat2 sunat. Insyaallah...Seorang ayah hendaklah menjadi contoh tauladan bagi anaknya dalam hal aqidah supaya anak2 tidak terikut perkara2 yg tk elok yg boleh memesongkan aqidahnya...
Seorang ayah hendaklah menjadi contoh tauladan bagi anaknya dalam melaksanakan hukum-hukum islam, kerana di dalam sebuah hadis :
“ yang halal itu jelas, yang haram itu juga jelas, apa-apa yang ada diantara keduanya adalah masalah syubhat, maka barang siapa yang memelihara diri dari hal-hal yang syubhat, maka sesungguhnya telah terpelirada agamanya dan kehormatannya, dan barang siapa yang jatuh pada hal-hal syubhat,sesungguhnya ia telah jatuh pada yang haram, ….” (H.RBukhari dan Muslim).
Seseorang ayah hendaklah menjadi contoh tauladan bagi anak-anaknya, maka janganlah kita berdusta, menipu,mencuri, mengumpat, mencari kesalahan orang lain,sombong,bongkak,bangga diri, tidak menganiaya pada siapapun, kerana disebabkan hal inilah akan menjadi pusat perhatian anak-anak dan akan menjadi contoh baginya...
~Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu..Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMu...Aku hina tanpa rahmatMu~

S.O S.P.T NAIB JUARA KEJOHANAN BADMINTON PENOLONG PEGWAI TANAH P.P

Pada 21/11/2009 hari Sabtu jam 8.30pagi bertempat di Dewan Badminton Safira Country Club, Persatuan Penolong Pegawai Tanah telah mengadakan Kejohanan Badminton Penolong Pegawai Tanah buat kali pertama.. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Tanah & Galian Dato Haji Ariffin... Sebelum acara dimulakan kami semua warga S.O Pulau Pinang mensedekahkan surah Al-Fatihah kepada ayah radzi yg telah meninggal dunia...
Acara dimulakan dengan udian pasukan-pasukan yang bertanding..,Team KUN S.P.T diletakkan didalam Kumpulan B bersama dengan daerah SPS & DBD, manakala Kumpulan A team dari PTG, SPU & DTL...Team SPT & PTG adalah pasukan pilihan dan digeruni daerah2 lain...ini menjadi motivasi kepada kami untuk melangkah ke Final...
Perlawanan pertama kami bertemu dengan pasukan dari DBD...kami meletakkan En.Razak sebagai pemain Single bertemu DBD...sepatutnya ayam tambatan (Permain single Ranking No.1 SPT) kami iaitu Radzi akan bermain single, tetapi apakan daya orang yg radzi cintai & sayangi telahpun pergi buat selamanya...dan radzi pun tk dpt hadir.. Ketiadaan radzi agak mengusarkan jgk kem SPT kerana dari permantauan dari team lain amatlah kuat seperti Yusni dari DTL dan Din Botak dari PTG serta Naemi dari SPS...tetapi dgn kepintaran Pengurus Pasukan iaitu Bg Bob(En.Shafiee) kami dpt membuat percaturan serta strategi yg baik di peringkat kumpulan..

Keputusan Perlawanan: Peringkat Kumpulan B

SPT vs DBD

Single - En.Razak menang straight set dgn team DBD
Double - Safar/Duwan kalah kpd Azriel Johar/Herman(DBD)
Double - En.Razak/Johari menang dgn team (DBD)
Double - Safar/William(sponsor) menang dgn Ramzi/Sarjan(DBD)

SPT vs SPS

Single - En.Razak menang dgn En.Naemi(SPS)
Double - Safar/William(sponsor) menang dgn En.Khalil/Sham(SPS)
Double - En.Razak/Johari menang dgn En.Naemi/Zaidi(SPS)
Double - En.Shafiee(BOB)/Duwan menang dgn team (SPS)

Team SPT menjadi juara kumpulan B dan secara automatik layak ke separuh akhir.

SEPARUH AKHIR

SPT vs DTL
Pasukan DTL menarik dari bertemu dgn pasukan SPT mungkin kerana keletihan ataupun gerun untuk bertemu dgn pasukan SPT...ini bermakna pasukan SPT layak secara automatik ke Final bertemu dgn pasukan PTG...

AKHIR

Double - Safar/William kalah kpd Dato Hj.Ariffin/Din Botak(PTG)
Double - En.Shafiee/Duwan kalah kpd En.Ismail/beregu beliau dr PTG
Double - En.Razak/Johari menang kepada team dari PTG

kekalahan 2-1 kepada pasukan PTG tidak bermakna kami akan buat selamanya...insyaallah tahun hadapan kami akan cuba lagi..ini tidak melemahkan semangat kami... hanya tersalah percaturan di Final kami Team KUN SPT berputih mata untuk menjulang kejuaraan..Ini bermakna pasukan kami iaitu Team KUN SPT telah menjadi NAIB JOHAN KEJOHANAN BADMINTON PENOLONG PEGAWAI TANAH PULAU PINANG EDISI 2009....
Pujian juga harus diberi kepada Pengurus Pasukan iaitu En.Shafiee(BOB) yg menunjukkan semangat kesukanan dgn bermain serta menunjukkan pemainan yg baik..SYABAS

AHLI PASUKAN:
BOB(EN.SHAFIEE)
EN.RAZAK
JOHARI
SAFAR
DUWAN
FARID
RADZI

Takziah Buat Radzi Sekeluarga

Pada 21/11/2009 jam 3pagi orang yang radzi cintai & sayangi iaitu ayahnya telah meninggal dunia buat selamanya...Kami warga S.O S.P.T mengucapkan takziah kepada Radzi sekeluarga.. Kami doakan mudah-mudahan moga roh ayah radzi berada di tempat orang yang soleh...Amin..
Marilah kita sama mensedekahkan Surah Al-Fatihah kepada roh ayah beliau..
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan jauhilah dia daripada bala, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya (kubur), bersihkanlah dia dengan air, air salji dan air embun, bersihkanlah dia daripada dosa-dosanya seumpama baju putih yang bersih dari kotoran, gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya, masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dia daripada azab kubur dan siksa api neraka,” Amin
Sesungguhnya doa seorang anak yang soleh kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia adalah satu amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. Hal ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud : “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang soleh.” (Riwayat Muslim).
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari Qiyamah sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,dia meperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang
memperdaya.." (ali Imran :185)
-AL-FATIHAH-

Thursday, November 19, 2009

Sahabat Sejati Dunia Akhirat

Kita manusia didunia mesti memiliki sahabat atau kawan-kawan... tapi bagaimanakah kita ingin membezakan di antara sahabat dunia & akhirat.. kerana dengan adanya sahabat ia boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah...
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
-Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
-Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
-Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
-Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
-Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Sahabat yang baik adalah sahabat yang juga baik perilakunya, kata-katanya, cemerlang pencapaiannya. Dia mengajak kepada kejayaan, berusaha menjadikan orang lain cemerlang sepertinya. Pendek kata, sahabat yang baik adalah sahabat yang lebih pentingkan orang lain lebih dari dirinya sendiri. Tak nampak keburukan dalam sikapnya dan fikirannya. Biarlah kita bersahabat sebagai cara untuk kita beribadah kepada Allah, biarlah sahabat kita tu sikapnya membawa kita banyak mengingati akhirat. Sahabat sejati adalah sahabat yang bermanfaat pada kita dan orang-orang disekeliling kita. Kita memerlukan seorang sahabat (ataupun ramai sahabat) dalam usaha kita mengejar kejayaan kerana sahabat dapat memberikan kita bantuan dalam bentuk idea, tenaga, dorongan dan panduan. Kejayaan Nabi Muhammad menyebarkan ajaran Islam di bumi Arab adalah kerana bantuan sahabat-sahabat Baginda.

Dalam mencari seorang sahabat sejati, kita akan berjumpa dengan ramai sahabat yang berperangai buruk. Sahabat sejati ni cuma ada satu dalam seribu. Mencari sahabat sejati satu cabaran, menjaga hati sahabat juga merupakan satu cabaran.
Tips bagaimana untuk menjaga persahabatan dan mengekalkan persahabatan:
1. Berikan sesuatu yang mendamaikan hatinya. Lakukan apa saja cara yang dibenarkan Islam untuk menggembirakan emosinya, termasuk le membelanja dia makan, hehe..sesuaikan dengan kemampuan.
2. Banyak melakukan kejutan-kejutan yang menggembirakan dirinya hingga membuat dia merasa terharu, sampai nangis-nangis gitu.
3. Selalu ucapkan terima kasih padanya, jadikan dia berharga dan penting dalam hidup Anda. Panjatkan rasa bersyukur pada Allah kerana dia hadir disamping Anda.
4. Berkongsi kedukaannya, kesedihannya dan berikan semangat padanya di kala dia sedang berduka.
5. Anggap dia ahli keluarga Anda sendiri, kenali mak dia, ayah dia dan orang-orang dalam keluarga besarnya.
6. Maafkan kesalahannya selalu, doakan kejayaannya selalu, doakan kesejahteraan dirinya selalu, biar kiat doakan dia beratus kali dalam sehari, bukan sekadar selepas sembahyang saja
.

Dahulukan doa Anda dengan Surah Al-Fatihah dan dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, moga cepat dimakbulkan Allah. Apa yang kita doakan pada seseorang, itu yang akan berlaku dalam hidup kita, ibarat kita berdoa untuk diri kita juga. Kita doakan kejayaan seseorang, kita akan berjaya juga jadinya!

Sifat Ego Insan Yang Bernama Manusia

Aku pagi ni agak sibuk tetapi dalam keadaan yang sibuk aku tengah cari idea nak buat laporan tanah.. tapi pagi-pagi mcm ni elok jgk klu saya nk tulis tentang sifat ego dan bangga diri.. Kita sebagai manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini. Setiap manusia di muka bumi ini berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu kita hidup di bumi ini perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ibaratkanlah hidup kita sebagai batu-bata untuk membina rumah. Sekiranya kurang satu batu-batu itu, maka tidak lengkaplah rumah yang ingin dibina.


Sekiranya seseorang manusia diuji dengan ilmu dan kepandaian, janganlah mengaggap dirinya hebat, kita perlulah melihat ke bawah juga. Kadangkala kehebatan dan kepandaian boleh merosakkan iman seseorang. Akibat sifat bangga, takbur dan ego pada diri sendiri, boleh merosakkan keimanan seseorang. Nau`zubillahi min zalik !!.


Sekiranya kita amati, Islam menyuruh kita mempelajari ilmu akhlak terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu-ilmu yang lain. Hal ini amat praktikal, iaitu terjadi apabila seseorang itu, telah menguasai ilmu akhlak, maka dengan mudah baginya menguasai diri dan memandu kehidupannya. Maka hendaklah kita nilai diri kita terlebih dahulu, adakah kita telah menguasai ilmu akhlak?? Atau masih lagi tidak mengetahui asal usul ilmu tersebut.


Apalah yang ada pada ilmu sekiranya tidak disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ta`ala. Sikap ego dan bangga diri akan lahir apabila melihat diri sendiri hebat dari orang lain. Kehebatan diri jauh lebih baik dari orang lain. Melihat kekurangan yang ada pada diri orang lain sambil mentertawakan orang itu. Begitu juga melihat penderitaan dan kesusahan yang dialami orang lain. Oleh itu cara terbaik mengelakkan diri daripada sifat ego dan membangga diri ialah dengan selalu mendekatkan diri kepada Allah ta`ala. Beristighfar dengan memikirkan kesilapan yang dilakukan dan bertaubat dengan tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan. Sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bantulah insan yang memerlukan bantuan dengan berlapang dada, tanpa disuruh dan tanpa diumumkan. Itu lebih baik dissisi Tuhan rabbul i`zzah.

Wednesday, November 18, 2009

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh & Takbur

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata :
Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah..hiasilah kami dengan sifat mahmudah.. dan jauhkan kami dari sifat mazmumah
Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami
Amin……

Monday, November 16, 2009

Terkenang Bercuti di Melaka


Wahai sang singa raja segala haiwan jgn marah ye time ni aku tgh pegang ekor engkau..

Bergambar di pintu masuk Cowboy Town A Famosa Resort

Walaupun dah lama kami sekeluarga pergi ke melaka tapi kenangan pergi sana mmg payah aku nk lupakan...ye la tempat best2 yg aku pergi mana boleh lupa... Melaka dah byk kali aku pergi tapi kali trip lain skit sbb banyak pergi tempat yg meriah2 mcm A Famosa Resort p tgk Cowboy Town,pergi Eye On Malaysia, pergi makan ikan bakar kat Umbai dan pergi shopping kat Tangkak...pergi Tangkak pun sbb nk lajak tengok bakal adik ipar sama kat Muar...

Time yang paling sekali adalah pi Cowboy Town, masuk dalam Rm30 seorang je tempat tu.. kami kira bertuah la dapat tgk show pada malam tu... acaranya dari mula sampai last mmg best, ada pentunjukan binatang,red indian, Cowboy tembak menembak, pentujukkan tarian dan mcm2 lagi...hehehe yang lawaknya pentunjukan ratu pondan pun ada hehehe
Jalan2 kat Melaka teringat aku kat arwah bg joe...masa aku selalu pergi jalan2 dengan rombongan trip kampung bg joe iaitu Pekan Darat...Seronok time masa tu...