Tuesday, June 9, 2009

ADAM FAYYADH PERGI MAKAN ANGIN











Adam Fayyadh pergi makan di Cameron Highland....ni la perjalanan paling jauh ADAM buat masa ini.. Thanks ADAM FAYYADH kehadiranmu menambah lagi kasih sayang mak dan abah..

Percutian ni aku pi dengan Safar....Adam merenget la jgk sbb tempat sejuk dan perjalanan plak jauh...Masa ni kami dok kat Rosadelarosa Hotel...syok la hotel mahal dan stye org puteh... malam Adam p pasar malam Brincang...sampai tertido Adam sbb mak dengan abh syok dok jalan2... rasa tk puas sbb waktu singkat je pi sana..

ADAM DI CUKUR KEPALA DAN KENDURI AQIQAH







Hari ini ADAM FAYYADH cukur kepala oleh seorang makcik yang aku pun dah lupa nama dia la....tapi apapun tima kasih banyak2 dia atas tugas mulia makcik untuk mencukur rambut putera kami berdua....setahu apa yang aku tahu bayi yang baru lahir haruslah membuang rambut sbb rambut yang sediada tu tk elok disimpan kerana ia tumbuh semasa di dalam kandungan lagi, ia harus dicukur supaya tumbuh rambut baru sbb rambut lama tu lebih kurang mcm kotor la..buat makcik yang tolong cukur jangan risau ada hadiah ikhlas dari saya dan isteri buat makcik...
selang seminggu selepas tu aku pun buat la kenduri aqiqah kat anak aku....aku dgn erny beli 2 ekor kambing kat mengkuang dengan harga RM1,100.00... kami wat kenduri tu kampung bleh abah Isteriku di Pekan Darat..
Apa yang aku tau dari pemahaman aku bersedekah pada hari ke tujuh dari kelahirannya dengan dua ekor kambing bila lelaki dan seekor kambing bila perempuan inilah dinamakan dengan aqiqah. Hukumnya sunnah muakad, walaupun bagi seorang ayah yang kurang mampu. Namun ada ulama mengatakan hukum aqiqah ini wajib, alasannya kerana Rasulullah SAW dan sahabat selalu melakukannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Bersama bayi adalah aqiqahnya, sembelihlah kambing baginya dan hilangkan gangguan darinya". (Hadis riwayat lima rawi hadis) Boleh juga menyembelih seekor kambing untuk anak lelaki berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW terhadap cucu baginda Al Hasan dan Al Husein ra.
Penyembelihan itu dilakukan pada hari ketujuh sesudah kelahiran. Ini jika sanggup. Kalau tidak, boleh pada hari kedua puluh satu dari hari kelahirannya. Jika tidak sanggup pula, boleh bila-bila saja. Dalam hadis riwayat Baihaqi disebutkan pula aqiqah disembelihkan pada hari keempat belas dan hari kedua puluh satu".

Dalam menyembelih kambing aqiqah dianjurkan mengucapkan "Bismillah, ya Allah ini dari Mu dan kepada-Mu sebagai aqiqah Fulan bin/binti Fulan". Dianjurkan waktu menyembelih aqiqah waktu matahari naik, dan dianjurkan pula mencukur rambut bayi sebelum menyembelih aqiqah. Namun ada pendapat yang mengatakan pencukuran rambut dilakukan setelah penyembelihan aqiqah dan bersedekah dengan emas seberat rambut yang dicukur. Aqiqah agar dimasak dengan bahan yang manis, untuk mengharapkan kemanisan akhlak bayi. Dan lebih utama ialah mengirimkan kepada kaum fakir dalam keadaan yang sudah masak. Menurut Imam Syafei boleh juga kita mengundang fakir miskin datang ke rumah kita untuk menikmati daging aqiqah tersebut.




Terima Kasih Daun Keladi



Buat suma kawan2 yang datang melawat dan bagi hadiah kat anak aku, aku ucapkan terima kasih banyak2....nanti yang second baby bagi la lagi heheheh..

Jutaan terima kasih aku hulurkan di atas pemberian anda....yang datang melawat di rumah dan di klinik K.S Wan aku ucapkan bebanyak tima ksaih gak....tak lupa juga yang bertanya khabar melalui telepon..